Selasa, 29 Disember 2009

Rentetan hidup seorang Mahasiswa Tahun AKhir bersama tanggungjawabnya..

Bukan sesuatu yang mudah bagi aku ketika aku mula menjejaki kolej ini semula.. bukan kerana malas untuk belajar mahupun memenuhi tanggungjawab yang diberikan.. namun hampir sebulan aku yang menguruskan sakit pening mak.. kini aku terpaksa tinggalkan jugak...

Ketika aku tinggal kan mak pada 22hb.12. 2009 mak menangis teresk-esak macam tidak mahu aku tinggalkan dia... tapi aku kuatkan hati.. aku tau abang dan kakakku pasti akan jaga mak seperti mana aku jaga mak.. insyaAllah..

setiba di Kolej.... Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar....MAKP18 akan berlangsung pada pada 7 feb. 2010.. jadinya.. 30% dari kerja2 protokol telah aku buat ketika cuti hari tu.. namun masih banyak kerja yang tertunggak lagi.. apa kan daya.. bagi aku tanggungjawab sebagai ketua unit.. sememangnya berat.. namun pengorbanan telah menuntut rasa tanggungjawab itu....

Malam ahad tu.. ada meeting...hati ku tersentap... akhirnya aku kena marah jugak.. nak buatcmne kan.. kata pun tanggungjawab yang menuntut pengorbanan... nak tak nak kena terima teguran.. aku terima sebagai silap ku sendiri..hehehehe apa2 pun segalamnya telah selesai...

malam tadi satu lagi pembentangan MAKP18 untuk felo.. sebelum felo datang tu masing2 dah gelabah.. tak terkecuali aku... ketika nak bentang.. hanya Tuhan yang tahu apa yang sedang aku rasakan.. namun pembentangan berjalan lancar.. walaubagaimanapun aku sempat lagi main BINGO dengan aton.. aku menang sekali je... hahahahaha

kini... aku hanya menunggu masa untuk bertindak... tarikh 11/1/2010 bukan sahaja tarikh hari lahir tuk penyanyi terkenal malaysia.. Datuk Siti Nurhaliza.. tetapi tarikh bagi aku memulakan tugas sebagai ketua unit protokol.. hehehehe.. walaupun majlis tu sepatutnya adalah majlis tuk meraikan tahun akhir seperti aku.. tp impianku musnah sebelum itu, lagi... hehehehe

kepada rakan-rakan yang baca blog aku ni.. doakan kejayaan aku dalam pelaksanaan MAKP18 bersama aton dan shidat serta rakan MTM ku yang lain.. insyaAllah.. amin...

insyaAlah... tak lama lagi episode rentetan hidup ku di kampus selama 3 tahun akan di siarkan dalam blog ni... k.. salam

Rabu, 23 Disember 2009

Kehidupan kampus kini kembali.....

Kini aku sudah berada kembali ke kolej....
Cutiku hanya sebulan.. banyak lagi kerja yang tertangguh..
Projek Ilmiah..... Program MAKP.. macam2..
nak buat cmne dah kata pun tangunggjawab..

tapi aku tak kesah yang penting aku dah dapat apa yang aku nak untuk sem 5... keputusan yang aku dambakan selama hari ini sudah ada di genggaman.... hehehehehe.. alhamdulillah.............

Ahad, 15 November 2009

Keredhaan ku.....

Salam....tajuk ini ku berikan kerana dugaan dan cabaran hidup ini tidak pernah lekang daripada kehidupan hamba Allah... hari ini aku diuji lagi....namun dugaan kali ini begitu besar yang jiwaku rapuh kerana perkara ini....

aku benar-benar terkejut apabila aku ditanye tentang keredhaan melepaskan orang yang paling ku sayangi.....bukan lah sesuatu yang mudah untuk aku memberikan jawapanya... hanya tangisan yang menjawab segalanya...

petang tadi aku menerima panggilan telefon daripada abangku..... perkara yang bakal ku ketahui sudah lama aku jangkakan, namun kini baru menjadi kenyataan.....

keadaan ibuku yang sedang tenat, membuatkan aku sgt tertekan.... abang2 dan kakak2 ku seperti sudah mendapat petanda...adakah itu benar.... ????? namun kini, aku sedang menyusun semangat dan keredhaan dalam hati ini.......

setelah bangun tidur petang tadi, aku seperti ada semangat baru..adakah redha itu sudah datg dalam hidupku.....

aku kini sedang miniti hidup ini untuk hidupku dimasa hadapan..... InsyaAllah.....

jika pemergian ibuku tetap akan terjadi,
aku redha, aku pasrah......
apapun yang terjadi...
Ila tetap sayang pada mak..
mak tiada pengganti dalam hidup ini...
semoga mak panjang umur dan kesakitan yang mak alami akan kurang.....

Ya Allah,
kuatkanlah semangat ibuku untuk terus hidup.........

Sabtu, 14 November 2009

Aku Masih di sini....


Alahai...sunyinya Kolej Pendeta Za'ba ni... tambah-tambah lagi Blok Arif....huhuhuhu
kawan2 aku semua dah balik... yang tinggal hanya aku dan rakan MTM ku... kami ada misi dan visi yang perlu dicapai untuk stay lagi seminggu... Adussssss!!!!!!

Nak buat macamana kan??? dah tanggungjawab... segalanya kena seimbang....

satu lagi...ni nak bercerita...
hari jumaat yang lalu.. selepas exam kesusasteraan dalam multimedia aku, nini dan Masnani.. terus pergi ke Mid..kononnya nak pergi tengok wayang.... nak tengok Pisau Cukur... pastu mas nak cari buku perjuangan untuk projrk ilmiah dia... tapi apakan daya.... segalanya yang di rancang tidak menjadi.... hahahahahahaa.....

Ahad, 8 November 2009

Novel "Bersatu Kembali"

Itulah tajuk novel sulungku..
betapa leganya aku ..novel aku telah pun siap sepenuhnya..
alhamdulillahh. Tuhan telah permudahkan segalanya.....

Sabtu, 7 November 2009

Ujian Hidup Menimpa lagi

sukar ku gambar sakit emak masa aku balik tempoh hari...
kalau dulu ..orang kata bila pelajar balik kg..pasti akan dapat berehat dan tenangkan fikiran.. tpi bukan untuk aku kali ini..bukan aku nak salahkan takdir..tapi ini semua ujian.. mungkin aku orang2 terpilih agaknya.....

sebagai pengkongsian aku ceritakan sedikit..
selasa hari tu aku balik.. turun je bas dalam kul 5 terus g Hospital.. sampai hospital mak macam sedar tak sedar je sebab menahan sakit kakinya...menurut kata doktor darah mak kotor.. tapi yang sakit sangat adalah bahagian urat kali mak.. aku kesian sangat..

bila balik umah.... kuranglah sakitnya.... tp esoknya makin sakit..nak g toilet pun sangat lah susah.. malam tu aku tak tidur pun sebab kesian tengok mak meraung sorang-sorang.. aku tak tahu nak tolong apa.... abang aku pun sama.. so kami just bagi makan ubat jelah..

tadi sebelum aku balik..mak dah tak tahan... g hospital lagi sekali... tapi still sama.. mungkin tak lama lagi mak kena buat proses cuci darah... entahlah..aku risau dibuatnya...
semoga Tuhan sembuhkan sakit mak aku....
amin..

Mak,
ila doakan mak cepat sembuh....

Isnin, 2 November 2009

Pulang ke kg....

hehehe.........hari ini aku akan balik ke kg....

macamane ek???? aku terpaksa rahsiakan... aku takut nnt bila orang lain n then mereka akan taye kenapa aku balik? n then bila aku cerita akan akan......................

oleh itu,. untuk pengetahuan semua, aku balik kerana tanggungjawab aku... susah nak cerita.........

"WAJAH YANG CERIA DAN BERCAHAYA PADA DIRI INI, HANYA SEKADAR MENUTUP KESEDIHAN YANG MERUNTUT HATI INI..."

Bulan baru menjelma lagi...


azam baru akan menjelma.....

semalam exam tuk paper ke 3.. Sejarah dan rumpun Bahasa Melayu.. bagi aku memang sejarah lah soalan2nya... dalam sejarah bagi aku juga, soalan-soalannya memang best... tahniah ku ucapkan pada diri ini...kerana berjaya menjawab semua soalan dalam masa 40 minit sahaja... sepatutnya tamat jam 3.45... tapi kul 2.40 aku dah kua...( patutnya 2 hingga 3.45pm...) hehehehe.....

ada 80 soalan objektif..hehehehe.. alhamdulillah.. semua jangkaanku benar-benar belaka.. syukur...

Isnin, 26 Oktober 2009

Kenangan bersama Kumpulan sejati 09/10-1

kepada semua rakan-rakanku... tahniah dan syabas atas segalanya.. maaf atas segala kekasaran antara kita.... semoga kita mencapai kejayaan.................
kenangan ini akan terus abadi dalam hidup kita
gambar kenangan kami bersama............


bukan mudah ianya tercipta.............
















gambar , aku, fizah,dan nini.....






gambar ilias, adnan dan aizat

































Mekar memori 22 0ktober 2009....


Salam buat semua.. ini adalah episode terakhir dalam kelas multimedia..

bagi aku dari mula aku masuk kelas ni sampai lah kelas minggu ke14.. macam2 pengalaman, memori, faedah dan macam2 lagi yang aku telah dapat..

bukan itu sahaja, malahan aku tahu erti tekanan.. kebaikan dan kepuasan dari aspek itu.... pelbagai kerenah yang kita boleh lihat bila kita dalam satu kelas.. yang paling aku tersentuh bila aktiviti pembikinan video klip.....

jika dulu , kalau kami satu kumpulan pun leps je waktu kelas, lelaki wat hal lelaki dan perempuan buat hal perempuan.. itulah titik perhubungan kami..

tpi bila wujudnya asgnment akhir kami.. wujud memori lain..
'hubungan kawan antara ahli kumpulan semakin rapat.. kita dapat kenal watak sebenar rakan kita.. kalau dulu kita nampak dia malas tapi.... sebenarnya mereka tak malas pun...

dari kelas ini juga lah aku belajar macmana nak kawal tekanan.. sebab semua asgment yang diberikan harus disiapkan hari tu jugak.. bukan sesuatu yang mudah.. tp bila kita kawal emosi dan tekanan dengan baik semua kerja akan jalan teratur....

kalau dulu aku agak buta IT.. tapi kini ilmu IT ku kini semakin mekar.. jika dulu aku hanya membuat penulisan atau karyaku hanya di dalm kertas saja.. tp kini aku boleh buat diari hidup atau bahan penulisan aku dalam blog ke atau facebook...

kini aku punya karya sudah boleh dibaca oleh khalayak umum... bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat oleh orang lain...

buat Dr. Normaliza dan keluarga..
terima kasih atas segala ilmu yang diberikan.. halalkan segalanya...
mohon ampun dan maaf jika selama ini ada salah dan silap..
semoga jalinan ukhwah ni terbina sekukuh-kukuhnya.....

"sumur kasihku tetap mekar dalam hidup ini, mahkota keunggulanku dan segala sinar dalam hati ini terus disirami dengan ilmu yang telah terus meresap dalam jiwa ini"

TERIMA KASIH DR NORMALIZA..............

Jumaat, 23 Oktober 2009

video klip...

selepas raya tak silap aku dalam 8 Oktober 2009 yang lalu...
kelas kesusasteraan multimedia berjalan seperti biasa..
bila dah lepas raya ingatkan dah habis asgment.. tapi satu kejutan buat kami...
apabila kelas pada hari itu ada sesi menonton video klip melalui youtube...

mula2 aku fikir jugak kenapa lah belajar benda ni.. rupa-rupanya..............

nak tau tak.. kami kena buat video klip kami sendri...
tak kisah lagu apa.. janji ikut kumpulan masing2....

hahaha... aku pun mulalah cari lagu... masa tu kat lab.. tgh kelas bahasa dalam multimedia.... (aku kaut dua2 subjek sekaligus.. teror tak.........hahahhaah)

mula-mula dgr lagu rossa dan pasha Ungu tue.. mcm best.. tapi aku download gak lagu lain.. antaranya puspa. alif satar, faizal tahir. dll

fikir-fikir punya fikir.. nak buat lagu terlanjur cinta... dah plan baik dah jalan cerita..
tp bila bincang dengan kumpulan aku diaorang kata lagu tu slow.. so aku ikut kata mereka mahukan lagu PUSPA by ST12...

so kami mulakan latihan lakonan.. dan pada hari sabtu 17 HB...(Deepavali) tp kami beraya di Bukit Ekspo.... shooting beb.. bila budak2 blok tanya aku...

"akak nak g mana ni? pakai baju sukan segala"
lalu aku menjawab "nak g shooting lah"
peg.... diaorang terkejut lah jugak..hahhaah

shoting punya shooting hampir 4 jam kami di bukit ekspo...

babak satu hingga dua tamat.. babk seterusnya si fakulti.. namun.. hari ahad pulak aku terima berita bahawa segala video yng dah diambil telah hilang.( atas sebab2 tertentu)

mula2 tu bengang lah jugak kan.. kesian kat budak2 aku.. tp nak tapi nak buat cmne... nasi dah jadi bubur..

so pagi isnin tu aku adakan meeting tergempar.. aku cakap elok2.. maka dengan hikmahnya, mereka bersetuju untuk shooting semuala babak yang telah hilang..

,maka pada hari selasa pagi tu dalam jam 11.30 pg shooting kami tamat sepenuhnya.. tinggal edit sahaja...

maka... segala kerja edit ni aku serahkan pada aizat... hehehe

dan pada jam 11 malam pada 21 hb Oktober video klip Puspa by sejati upm telah di upload ke youtube..

kumpulan aku sangat beruntung kerana tidak sampai 24 jam.... video klip kami telah dapat ditontonkan...( sebab ada orang cakap nak upload kat youtube, jangka masanya 24jam..tp kami alhamdulillah.. dipermudahkan)

maka 22 hb oktober lalu.. kami telah mempersembahkan hasil titik peluh kump. sejati kepada DR.. dan dengan bangganya kami dapat A... syukur Alhamdulillah...............

terima kasih dr..

episode last... tak lama lagi
kisahnya.. kebaikan yang aku dapat dalam kelas ni.........nantikan................

Peristiwa semalam menyayat hati....


sebelum aku meneruskan kisah kelas multimediaku.. aku ingin berkongsi sedikit cerita.... mungkin bagi aku kisah ni mengguris dan melukakan hati ini.. namun aku redha saje....


semalam aku terawal g duty kat Nadi (BILIK GERAKAN MTM KPZ) jadi masa tu takde orang guna komputer.. jadi aku gunalah.. nak update blog dan Facebook....


lepas buka facebook kau bukalah Blog aku warkah hidupku... aku tak tahu mengapa malam tu aku teringin nak baca blog kawan2 aku.. (sepatutnya diwajibkan baca semua) tp malam tu aku beria-ria mengikut kata hati, aku tertekan di Dashboard kat satu blog ni...


tiba-tiba............................................

alangkah terkejutnya aku... rupa-rupanya ada kisah yang menyayat hatiku.. mungkin pihak tersebut tidak memfokuskan apa yang dikatakan pada ku... namun kuat hati ini berkata, segala tulisan yang ditulis oleh tuan empunya blog tu ditujukan KHAS untuk diri aku...


aku seperti di tuduh telah merapuhkan atau memisahkan hubungan persahabatan antara kami ber....., tapi jauh di sudut hati, jalinan ukhwah yang telah terbina hampir 3 tahun ini putus begitu sahaja.. adakah kerana aku tidak lepak dan selalu dengan mereka, aku di bunuh dengan kejam begini... atau adakah aku tidak sayangkan hubungan ini...???? aku sendiri tidak tahu apa sbenarnya??? aku tahu, mungkin kesilapan itu dtgnya dari aku juga.. mungkin faktor kesibukan itu juga puncanya sehingga sukar untuk duduk lepaka bersama mereka.. tp sesibuk-sibuk aku aku tetap ingatt dan SAYANG akan mereka semua...



namun, aku redha dengan kehendak Tuhan.. ini ujian untuk ku..


kepada sahabat2 ku,

aku mohon ampun dan maaf,

jika kesilapan ini datang dati diri ini. dari hujung rambut hingga hujung kaki ku pohon kemaafan.

aku mahu kalian tahu..

sehingga hujung nyawa sekalipun, sehingga roh bercerai dengan jasad sekalipun,

kalian tetap wujud dalam diri ini dalam diari hidup ini..

mungkin kalian anggap kata-kata ini hanya mainan mulut,

tp percayalah.. ini demi Tuhan, aku berkata ikhlas dari hati ini...

salam....

Khamis, 22 Oktober 2009

Khamis 10-12 pm

seperti biasa kelas Dr Normaliza, walaupun sudah dilarang jangan lewat, pasti juga ada yang lewat...
pasti ada juga yang kena denda...

bagi aku yang paling best adalah semasa aktiviti buat E-Majalah... penat memang penat..
dah lah bulan puasa.. tapi kan disebalik kepenatan itu.. ada kenikmatannya... kesabaran sangat diuji... tapi dalam satu asgment e-majalah tu pelbagai ilmu aku dapat.. salah satunya aku dapat tau aku ni agaklah pandai melukis... lagi satu kami tahu macamana nak merancang sesuatu itu melalui papan cerita atau storyboard..

selepas itu, kelas seterusnya, kami buat kraf tangan.. kami dibekalkan dengan straw,pita pelekat, gunting dan lidi. mula-mula kumpulan aku tak tahu nak buat apa... last2 aku buat keputusan buat jambangan bunga dengan straw.. yang paling best aku dapat pujian dari DR.. pegh..... kembang lah kejap hahahaha.....


lupa pulak nak cerita sebelum buat bunga straw tu kami ada buat sesi tangkap gambar...
pegh.. penat lah juga.. rupa-rupanya, setiap gambar yan kita amik tu ada maksud tersendiri tau... hahaha
sesiapa yan balaja macm kami je tahu... tq Dr.....

walaupun baru beberapa kelas kami buat... tp manfaat yang aku dan kawan2 dapat sangat besar... belum lagi lab yang dikendalikan oleh cik alia and the geng... bertambah-tambah ilmu aku... hehehe....


episod seterusnya... sebagai bayangan...ukhwah antara kami terjalin jua...........

Sabtu, 17 Oktober 2009

Noltalgia Mutimedia... P1

Untuk pelajaran sem ni aku sudah pun key in subjek kesusasteraan dalam multimedia yang dijadualkan pada setiap hari khamis jam 10 am hingga 12 pm dan Dr. Normaliza Abd Rahim sebagai tenaga pengajarnya...Namun tanggapan pertamaku bahawa bila kelas Dr. sudah tentu akan jadi best dan sangat best...

bila kelas pertama bermula, bukan Dr yang masuk tapi Cik Alia... kami diberitahu tentang peraturan dalam kelas multimedia.. yang masih ku ingat peraturan yang amat dititik beratkan adalah masa.. pelajar harus masuk lebih awal dari pensyarah....

selepas dua minggu barulah kami bertemu dengan Dr. Normaliza... Namun pada ketika itu, aku rasa bukan bersama beliau, kerana perwatakannya sangat lain. beliau sangat serius. Budak2 dalam kelas masa itu dah kecut perut.. ada yang sampai lambat tak boleh masuk kelas...

arahan pertama Dr pada ketika itu..kalau tidak silap bawa majalah dan duduk ikut kumpulan...

untuk tugasan pertama kami kena cari gambar yang berasaskan asas grafik yang terbahagi kepada 5 bahagian.. jadi selepas itu barulah kami tau setiap gambar di majalah ada makna disebaliknya.....

Yang aku suka kat kelas ni.. dalam garang2 Dr ni pun, kelas beliau tetap ceria... yang paling aku tertekan tapi suka adalah tugasan yang diberikan WAJIB siapkan hari tu juga.....

untuk seterusnya tunggu yer....

Khamis, 15 Oktober 2009

lega sedikit.. tp belum sepenuhnya...

nak kongsi cerita ni.... sebenarnya lega sedikit tu timbul bila asgment bahasa multimedia dah jumpa jalan selesainya...namun belum sepenuhya lega sebab esok baru nak buat pembentangan.

hehehe....petang tadi aku, mas dan Sue bertungkus-lumus menyiapkan.. nasib baik ada Mirul (MTM ICT KPZ) tolong kami... kalau tak tak tahu nak import video cmne.. hahaha

moga-moga esok semuanya akan ok... insyaAllah....

Isnin, 12 Oktober 2009

Syukur ke hadrat Ilahi...

segala usaha ku selama hari ini walaupun tidak lengkap.. tetap menjadi pujaan hatiku..

bukan mudah manusia seperti aku tahu tentang web ni.. kadang2 jahil gak.. tp sekarang alhamdulillah.. aku teah dapat menangani nya.....

kepada rakan2 ku... tahniah ku ucapkan......

Jumaat, 9 Oktober 2009

Dugaan semakin kuat...

seperti yang pernah aku katakan.... jangkaan aku pasti meleset..
mak masih belum boleh keluar wad di IJN...

tadi mak cuci darah buat kali kedua.. kali ni agak lama.. 3 jam.. lepas tu aku tgk mak.. kesian sgt letih sgt dia... menurut kata doktor test Urea mak aku masih tahap membimbangkan.. tekanan darah juga masih yak menentu.. jadinya kemungkinan besar mak akan jadi penghuni IJN agak lama..

untuk malam ni masih aku yang mengambil giliran jaga mak.. hujung minggu kan..

kini mak ditempatkan di wad anggerik katil no 20 tingkat 4 IJN........

Rabu, 7 Oktober 2009

Penghuni IJN...

apa yang aku jangkakan semuanya meleset...aku jangkakan mak akan keluar wad hari selasa ( selepas pembedahan hari isnin), namun apa yang berlaku sehingga saat ini mak masih menjadi penghuni IJN...

aku sebagai anak... tibalah giliranku untuk menjaganya pula... oleh itu malam ini aku akan juga menginap di IJN untuk menjaga mak.. menurut doktor yang merawat mak, darah dan buah pinggang masih belum stabil.... jadi mak masih menjadi penghuni IJN.. aku redha.......

aku berharap agar mak cepat sihat kerana aku sangat sayang mak..........

Selasa, 6 Oktober 2009

Mengapa mereka tidak faham...............

salam....

agak terkejut aku dibuatnya.. aku terkejut tatkala ada dalam kalangan kumpulan manusia yang masih duduk dan hanya mahu disuap.. mesti anda tak mengerti.. mereka merasakan bahawa peningkatan teknologi dan multimedia sekarang ini semakin banyak manfaatnya.. tp mereka tak faham apa tujuan dan kebenarannya...

yang mereka tahu hanya suka bertelagah pendapat dengan orang lain.. bagi saya sejauh mana anda nak baut sebegitu...

fikir2 kan lah.. renung2kan lah...... semoga anda ikhlas melakukan pekerjaan yang anda sedang lakukan........... kerana dengan keikhlasan lah timbulnya kebenaran dan ilmu pengetahuan yang halal...

Ahad, 4 Oktober 2009

IJN (Institut Jantung Negara)

untuk kali ini giliran aku dan family menjadi pengunjung setia IJN...

kerana mak masuk wad dan ada temujanji untuk pembedahan saluran jantung yang tersumbat.. maka hari ini (5.10.2009) tak tahu bila masanya mak akn masuk bilik bedah.. aku akan terus ke IJN selepas kelas Kaedah Penyelidikan.....

moga - moga semuanya selamat.. amin

hari semakin mencabar...

musim perayaan tiba.. maka ramailah org akan buat rumah terbuka... tak terlepas my presiden kolej ( Mama NEEna - jgn marah k.neena ) dia buat open house kat umah dia kat gombak.. kami pergi 3 kereta... piji jd pemandu arah.. tp last2 sesat... hahaha.. k.neena kena amik kat dewan beringin ( gombak)... sampai2 terus makan... sedap tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!! saper tak dtg tu sgtlah rugiiiiiiiiii! kami dpt lihat wajah presss masa muda tau..... hahaah

lepas 2 jam... kami berangkat pulang.. aku , kimi, atin, matmin satuy kete.. aku suh diaorg anta ke LRT tuk ke titiwangsa ke IJN... tp ntah sesat kat mana ntah.. sampi byk giler tol yang kami jumpa hahahahaha... lepas sejam lebih tup...tup jumpa LRT bandar tasik selatan... aku pun turun terus g titiwangsa.... dr titiwangsa aku pun teruslah g IJN............

Jumaat, 2 Oktober 2009

Bulan baru..

Semakin banyak bulan dalam Kelendar tu.. makin banyak lah keje aku...

tapi apa kan daya kan.. tu semua cabaran bagi setiap mahasiswa.. kepada rakan-rakanku.. jgan lah terlalu merungut.. ni semua lumrah dalam perjalanan insan seperti kita... jika ini berlaku pada kita, perkara ini juga berlaku pada setiap kalangan pensyarah kita.. mereka juga seperti kita dahulu.... bersusah2 lah dahulu kita bersenanglah kemudian......

ingatlah pesanan ini sy tuju khas buat rakan-rakan seperjuangan dan diri sy sendiri:

SESUNGGUHNYA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN INI ADA GANJARANNYA...
BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH... KERANA DENGAN PENGORBANAN INI GANJARAN YANG SANGAT BESAR AKAN MENANTI KITA SATU HARI KELAK.....

Selasa, 29 September 2009

Cahaya Aidilfitri

Jiwa ini terdetik lagi
Tatkala takbir mengisi sepi

Jiwa ini terdetik lagi
Bila penghuni penuh menjelma

Jiwa ini terdetik lagi
Tatkala salam dihulur disambut pilu
Bagai baru berpisah seketika dulu
Bagai baru berjumpa seketika tadi

Ada yang beralaskan ceria
Ada yang masih disulami duka
Namun,
Lebaran yang tiba
Memusnahkan bom duka dan lara
Hingga muncul cahaya Aidilfitri.....

Isnin, 28 September 2009

kembali setelah berhari raya sakan....

Alhamdulillah.. setelah cukup umat Islam berpuasa selama sebulan, hari kemenangan muncul pula..

nak cerita tentang pengalaman hari raya tahun ni memang agak berbeza.. daha lah akau balaik 2 hari sebelum raya (selalu seminggu sebelum raya dah ada kat umah) hehehe.. tahun ni lain plak..

sebelum raya memang penat.. kena lap kerusi, cermin tingkap, mop lantai.. naik letih aku..
tp tak pe raya puyer pasal lah.. lepas tu tahun ni ada empat jenis lauk kena masak.. selalunya 3 je... antaranya seperti berikut....

1) rendang ayam
2) rendang kerang
3) kuah kacang
4) sambal sotong

aku buat bahagian penyediaan ramuan2nya.. pegh memang penat.. nak kisar, nak goreng kacang.. satu kerja yang amat aku rasa berat nak buat.. tp klu bukan aku saper lagi kena buat.. jadi dengan hati yang AGAK ikhlas buatlah kan....

malam tu bila pengumuman raya di buat.. sah lah raya pada 20 september 2009, maka bersorak gembira anak buah aku.. lepas tu aku , peje (abg aku) dan ank2 buah aku g sabak bernam shoping jap..( baru dpt duit nak beli baju).. puyer lah ramai org....

pagi raya seawal 6.30 pagi aku telah dikejutkan oleh ibuku.. lepas tu dalam kul 8.15 g solat raya.. balik kami makan dan teruskan tradisi bermaaf-maafan...

tahun ni yang membezakan dengan raya tahun2 lepas ialah.. aku hanya beraya dari halaman rumah sampai dapur rumah aku jer.. (best beb).. kawan2 aku ajak g baraan aku rasa malas nak g.. so aku duk umah je.. tp alhamdulillah.. rezeki aku dimurahkan..

nak tau kenape.... duit raya aku tahun ni mencecah hampir 2.. ringgit malaysia.. semoga orang yang memberi duit raya pada aku dimurahkan rezeki lagi yer..

tahun depan aku tak tahu lah dapt ke tak lagi duit raya....


selepas seminggu berhari raya.. aku kembali ke UPM.......

itulah kisah ku di raya 2009 yang memang aku raya sakan..

buku bawa balik tapi tak buka pun... hahahaha

Rabu, 16 September 2009

Memori PICC










































































































































berbuka puasa.... tajaan

jika semalam juadah berbuka puasa aku bersama rakan-rakan daripada Dr. Normaliza..

hari ini pula, aku g ke PICC untuk MAJLIS BERBUKA PUASA DAN RAMAH MESRA YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI BERSAMA PELAJAR IPT masa pergi tue memang best.. bukan seng nak makan kat cana ( 5 tahun sekali pun belum tentu)

kami sampai dlm jam 5.30 ptg.. dpt meja makan kami duk sembng ( tersampai awl plak) majlis mula jam 6 ptg... hahahah.
bila YB sampai kami pun mcm biasa lah dengr YB berucap pastu gimik utk pelancaran modul titas...

masa nak berbuka tu ada bacaan al-Quran daripada YDP MPP USIM dan MPP UPM... lepas tu apa lagi dah masuk waktu buka pose lah... (tp makan bubur lambuk dan kuih je dulu) g magrib dulu barulah smbg makan menu utama.. pegh ada udang sambal, ayam pggag, masak lemak daging, sayur cendawan,,, gerai2 yang ada plak satay, mee kari, laksa, sup tulang, ABC dan mcm2.. (boleh dikatakan malm ni aku makan semua tu............ hahahaha) aku pun xtau cmne bleh makan byk tu.. hahaha...

lepas makan dan semasa makan sesi bergambar tidak dilupakan.. ada gambar mcm2.. tgk kat post seterusnya............................

Selasa, 15 September 2009

Memoir hati....

Kasih,

sukar untuk ku melafazkanmu,

sekar untuk ku tafsirkan diri mu,

tatkala hati ini direntap

bagai taufan memayungi bumi

aku tenggelam ditelan arus halilintar.



Sejati,

ku cari dirimu

sekuat angin yang bertiup ribut

sederas air sungai yang mengalir laju

hati ini terasa sayu

tika memori persembahkan duka lama.



Aku bukan seperti dulu,

aku pena kepada hidupku,

hari-hari ku telan sendiri kelu

hati tersimpan segala kisah pilu

hanya aku dan hatiku

kekal menjadi satu

menyimpan segala kisah luka dan sengsara

tatkala ujian Tuhan datang melanda.

Noltalgia malam hari lahir ku


semalam aku ada kelas malam tau... jadi dalam kul 10 pm tu akk balik..

sampai bilik roomate kata jap g nak ajak g makan2 jap... so aku pun kata ok lah..


lepas sejam tu... aku, roomate dan aton ( adik sebelah bilik aku) pun g lah kat belakang blok (tmpt lepak2) kami pun makan lah..... mcm2 kami makn.. ada big apple, ada ayam panggang, dan roti john (pegh sedap tu)... lepas semua makan aku, kami pun sembang2..


dalam kul 12 gitu budak2 blok (budak junior baru aku lahhhhhhhhhhhhhh) call wish birthday kat aku... mcm nak nangis beb.... diaorg sipa nyanyi lagi tau....


dah tu dtg sorang lg kakk senior aku.... aku dah mcm bleh agak akan ada sesuatu berlaku pada aku tak lama lagi... tak sampi 15 minit krim big apple telah melakat kat muka aku.. krim coklat plak tu.... takpe aku sabar lagi....


tiba2 dtg plak mad nor (junior Ku jugak lah tp dia MTM mcm aku) smpi2 dia siram aku dgn air...

( aduh...........ni dah kekurangan sabar dah ni) tp nak buat cmne kan.....


balik bilik dgn keadaan basah kuyup mcm org baru lepas main hujan beb...


g mandi kena usik lagi.. dioarg amik tuala aku dala toilet.. pastu dr atas diorg simbah air lagi,.............. aduh.. nak menangis rasanya............


yang paling tragis aku.. aku baru kua bilik mandi..(masa tu dah pki bj tido siottttttttttt) diaorg simbah lagi.........aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


nak naik hangin aku pk ni hari bersejarah aku.. so aku redha jerlah......... kenangan paling indah beb........


di sini aku terterakan gambar aku yang paling terbaru ek....

Isnin, 14 September 2009

wajah seorang mahasiswa


adakah ini dikatakan seorang mahasiswa.hehehe

harap2 macm tu lah... ni gambar aku masa sem satu kat UPM.. sekarang dah sem 5 ada perubahan x??????

Menjangkau hari esok


hari esok genaplah umurku 22 tahun....
ku panjatkan kesyukuran yang amat besar buatMu Tuhan atas segala yang telah kau berikan padaku....

aku bersyukur atas kekuatan dan keimanan yan gtelah kau berikan pada ku selama ini...

Ahad, 13 September 2009

pemergian seorang ayah.............

malam semalam ketika aku sedang melayan asgment ku. aku mendapat satu sms daripada rakan karibku yang sekian lama tidak ketemu...... namanya Nazim.. jika dikeng masa lalu, ia lah tempat aku meluahkan rasa kecewa, mahupun masalah peribadiku... segala perihal yang berlaku dia akan tahu...

malam tadi die bertayer khabar.........
lalu aku terasa pelik..... dia menytakan bahawa baru2 ini dia cuti 2 minggu kuliah kerana menjaga ayahnya sakit....

bila aku bertanya lagi barulah dia menjawab bahawa pada tanggal 15 ogos 2009 yang lalu... ayahnya telah kembali ke Rahmatullah.....
aku terkejut.......

namun, demi seorang kawan aku hanya mampu memberikan kata semangat.
jika dulu ketika aku mengalami situasi sepertinya aku diberi semangat yang sama..
lalu kini tiba masanya pula...

buat rakan ku , Nazim
tabahkan hati mu.
aku tahu kau seorang yang kuat...
teruskan perjuangan..........
aku pasti kita semua akan berjaya.....

kepada sesiapa yang membaca blog ini
sedekahlah al-Fatihah kepada arwah ayahnya ...

Al-fatihah...

tak cukup tido.........

malam tadi semalaman aku tak tido.... buat asgment yang perlu dihantar.......
kul 4 pagi barulah siap...lepas tu terus bersiap g bersahur kat Restoran Salam.....
lepas bersahur dan solat subuh apa lagi tunaikan kewajipan yang diwajibkan bagi aku....... (tido lah apalagi nak tunggu)......... hehehe.....

Sabtu, 12 September 2009

semalam puyer hal

semalam dah lah aku bgn lambat.. klu 12 baru nak bgn..
memang petama lagi aku bgn paling lambat..
pastu aku g mandi dah tu duduk mengadap laptop... cuba buka facebook tapi katt cini wifi plak buat hal... (saja je nak bg aku naik hangin)
so...aku pun buat lah asgment yang masih terbengkalai.............
dalam kul 2 macm tu...... mata aku ni berat.... ( apa maknanya).. xkan ada hantu kot bulan pose ni........... hahahahha dah tentulah ngantuk... tapi aku baru jer bgn kot..
hahaha.....tanpa buang masa (masa kan emas) aku pun tido lah.... konon nak bgn klu 2.30 ptg tpi terlajak plak.. sampai jam 3... baru lah solat.... hehehe
pastu terus siap.. sebab dah janji dgn kwan aku nak kuar g mines..
dalm kul 3.45 macm tu......... aku dgn naik kete g lah mines.......... pegh memang dugaan besar...
penat aku.. shoping punyer shoping ( tp bukan aku yang shoping kwn aku je) kul 7 g pizza.. makan pizza.. memang giler... kenyang... pastu shoping lagi lagi sampai klu 9.oo ( lepas solat mgrib lah) leps tu sampai kolej.. g mandi terus tgk tv3.. (pesanan Dr. Normaliza) memg best citer cerekarama tu tajuknya Ana Maria........hehehe..habis tu.. aku pun tido bgn sahur pening pale.. so... xlarat.. sahur makan roti dan minum sky juice je.. hahahaha..

Jumaat, 11 September 2009

IFTAR MTM 09/10

lupa plak aku nak citer..
hari tu 7 september 2009 aku dan rakan MTM ku g buka pose kat nelayan titiwangsa..
kami g kul 4.20 ptg dengan konvoi kete sbanyak 7 buah yang bereben hijau..
pegh......memang tak sangka,,..... seronok beb...
sampai cana awl lagi..apa lagi masing2 (ada 34 org MTM) buat sesi fotografi memang best..
ada ikan besar kat kolam.. memang best......time makan... memng daripada perut yang memang kosong jadi sepenuh2 nya... pegh.. memang sedaplah...

plan sahur 70%

hahahahaa...........tadi masa kul 1.30 pgi semua kata bleh gg sahur sama2 kat lua..
adalah dalam 11 org mcm tu.. tapi bila sampai masa dan ketikanya... hanya 7 orang je yang g..
tapi macm2 kerenah aku tgk... ada yang tak sedar bila di kejut,.... pastu dah sedar g plak bersiap tapi tak bawa plak cermin mata.. macmana nak drive.. ni nasib baik kwn lain ada...
mcm2 kerenah.. hahahaha.. kelakar pun ada...........

jiwa ku kacau...

entahlah aku pun tak tahu.. kadang2 kita gembira sgt org cakp kita dah mcm tak betul.. tp betul kata orang dulu2.. tak salah kita bergembira untuk menutup luka yang terpendam di hati....
jadi itulah yang sedang aku lakukan.. bukan aku sengaja untuk gembira mcm org giler.. tp menutup luka dihati... aku sendiri tak tahu mengapa semakin hari semakin sakit hati ini.. jadi ketua dalam organisasi pun org tak dgr kata... sekali tegur..sekali diam .. pastu buat perangai balik... mana perginya hormat dia pada aku sebagai seorang ketua.... klu ada masalah peribadi pun jgn lah nak bwa dalam soal keje.. jadilah matang.. jgn perangai mcm budak2 lagi.. umur dah 2 dekad..takkan lah nak mengada-ngada..... tapi sebagai seorang pemimpin aku pegang kata-kata ni..... "sebagai seorang pemimpin, kita pasti takkan ada orang yang akan suka.. bila orang dah tak suka bermakna kepimpinan kita berjaya"

Khamis, 10 September 2009

hari baru bermula lagi.......

salam.... hari baru menjelma lagi.. sekarang jam menunjukkan jam 00.40 am.. jadi dah hari jumaat lah kan... jadi untuk semua selamat hari jumaat... namun, hari kau berlalu seperti biasa.. berbalik kepada hubungan persabatan yang terbina dua tahun lalu, aku masih mencari jawapan kebenaran mengapa dan kenapa perkara ini berlaku...????? jika jawapannya terjawab maka, noktah pencarian persoalan akan tercapai... tapi sampai bila aku perlu makan hati seorang diri... ?????

Berbuka Puasa ...& cerita sedih....

nak kata sedih pun tak jugak.. tp rasa sedih ni tetap ada dalam hati..
tadi buka pose dengan dua org kwan kau.. merangkap adik dan kakak aku kat kolej ni.. dulu kawan aku ramai.. tp apakan daya Tuhan Maha Mengetahui.. hubungan ku dan rakan2 ku mulai retak menanti belah.. aku sendiri tak tahu mengapa jadi macam ni.. adalah salah aku ???? atau mereka yang tidak memahami kesibukan harian ku..... entahlah... nasiba baik ada adik sebelah bilik aku kat blok ni.. klu tak tinggal lah aku......

hari penatku..........

salam........hari ini lebih letih dari semalam.. kelas sangat penuh..
bayangkan dari jam 8 sampai 4 petang tak berhenti
bangun pulak lambat..........