Isnin, 28 September 2009

kembali setelah berhari raya sakan....

Alhamdulillah.. setelah cukup umat Islam berpuasa selama sebulan, hari kemenangan muncul pula..

nak cerita tentang pengalaman hari raya tahun ni memang agak berbeza.. daha lah akau balaik 2 hari sebelum raya (selalu seminggu sebelum raya dah ada kat umah) hehehe.. tahun ni lain plak..

sebelum raya memang penat.. kena lap kerusi, cermin tingkap, mop lantai.. naik letih aku..
tp tak pe raya puyer pasal lah.. lepas tu tahun ni ada empat jenis lauk kena masak.. selalunya 3 je... antaranya seperti berikut....

1) rendang ayam
2) rendang kerang
3) kuah kacang
4) sambal sotong

aku buat bahagian penyediaan ramuan2nya.. pegh memang penat.. nak kisar, nak goreng kacang.. satu kerja yang amat aku rasa berat nak buat.. tp klu bukan aku saper lagi kena buat.. jadi dengan hati yang AGAK ikhlas buatlah kan....

malam tu bila pengumuman raya di buat.. sah lah raya pada 20 september 2009, maka bersorak gembira anak buah aku.. lepas tu aku , peje (abg aku) dan ank2 buah aku g sabak bernam shoping jap..( baru dpt duit nak beli baju).. puyer lah ramai org....

pagi raya seawal 6.30 pagi aku telah dikejutkan oleh ibuku.. lepas tu dalam kul 8.15 g solat raya.. balik kami makan dan teruskan tradisi bermaaf-maafan...

tahun ni yang membezakan dengan raya tahun2 lepas ialah.. aku hanya beraya dari halaman rumah sampai dapur rumah aku jer.. (best beb).. kawan2 aku ajak g baraan aku rasa malas nak g.. so aku duk umah je.. tp alhamdulillah.. rezeki aku dimurahkan..

nak tau kenape.... duit raya aku tahun ni mencecah hampir 2.. ringgit malaysia.. semoga orang yang memberi duit raya pada aku dimurahkan rezeki lagi yer..

tahun depan aku tak tahu lah dapt ke tak lagi duit raya....


selepas seminggu berhari raya.. aku kembali ke UPM.......

itulah kisah ku di raya 2009 yang memang aku raya sakan..

buku bawa balik tapi tak buka pun... hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan