Ahad, 28 Mac 2010

idea demi satu impian....

Di sini
tempat kita cipta lara,
tempat kita bina bahagia
disini jua saksi pertemuan kita.

Kita bina sebuah impian,
Kita lalui segala onak dan duri,
Kita sorakkan semangat yang tiada runtuhnya
Kita semaikan kasih sayang antara kita,
Kita kukuhkan ikatan saudara
Hanya untuk malam yang istimewa.

Masihkah kita ingat??
Ketika itu,
Tatkala malam menjelma,
Kita bergabung keringat,
kita sebarkan maklumat
ada marah, ada dendam, ada tangisan, ada teguran
Yang atas memberi arahan,
Yang bawah terima habuan,
Yang kabur diberi kanta,
yang jelas terus tercipta
yang tenggelam dicari sama

tatkala matahari muncul,
terbina pula sirna cahaya,
tanggungjawab terus dipinta,
demi realiti satu impian.

Ini semua tujuan yang sama
Demi terciptanya MAKP yang terbaik buat kita.


huhuhu....ni sajak hasil nukilan saya.. best atau tak.. terpulang.. hehehhe

Selasa, 9 Mac 2010

@#$%&*()? episode 2


salam ukhwah....

sebelum ini anda telah baca kisah "Cinta saya yang tidak kesampaian"

kini....


2.0 Persahabatan....

huhuhhuh.. bila masuk soal persahabatan.. lagi banyak kesah yang mahu dikongsi...

maklumlah.... sahabat ni memang sepatutnya seorang sahaja.. tp sehingga sekarang aku masih keliru.. mana satu sahabat aku... mungkin kerana kekecewaan yang pernah aku lalui dek kerana "SAHABAT"......... maka aku takut hilang dan kecewa lagi..

kecewa kerana "Sahabat" memang menyakitkan........... tapi apakan daya.. semua itu harus aku lalui...


kini.... Sahabatku.....???????????
ada saje... tapi.... apa yang dah berlaku dulu dan kini.. tetap ada parut dan kesannya.....

bila dikenang satu masa aku bergerak sendiri... masa aku jatuh.. masa orang melihat aku dari jauh....semua itu ada kesan lukanya lagi....

betul kata pepatah dulu " kawan bersuka ria.. ada dimana-mana, tapi kawan kita menangis??????".............lu fikir lah sendiri..


belum lagi masuk soal tikam dari belakang..........

alahay... banyak kot... tapi semua tu pengalaman...... pengalaman yang mematangkan kita...

bukan mudah nak puaskan hati orang lain.......

tapi aku percaya... jika seorang sahabat meninggal kan aku.. pasti akan ada 1000 orang lain menyayangi aku... terima kasih kepada semua yang menyokong... semoga Allah merahmati hidup kalian....


"Bukan semua itu mudah untuk dicoretkan... selagi ada nyawa... selagi nadi ini bergetar.. selagi aku mampu..... selagi itu aku sayang sahabat-sahabat ku..... "





#%&*@*!?@#$%^&*()


salam ukhwah buat semua..

rasa maacam dah lama sangat blog ni tak update saya.....................eh!!!!!!!!!!!

silap blog ni saya tak update..................... hehehehe



Rasanya sudah pelbagai perkara berlaku dalam tempoh yang panjang nih.......

kalau nak ingatkan semua.. memang nak ingat.. tapi... kalau diingat pun..

semua tu dah berlalu.. dalam semua aspek n kejadian.. baik dari segi CINTA.... PERSAHABATAN.... KELUARGA.... mahupun KAWAN........


1.0 Cinta...


LOVE......hehehehehe...

malu lah plak.. hahahahhaha ( dah merah pipi ni )

OK lah.. nak dijadikan cerita.. awal sem dulu kan... ada lah sorang mamat ni yg tetiba je aku suka kat dia...

Tapi setelah hampir 2 minggu kami ni agak rapat..... satu hari segalanya terbongkar...

Tuhan Maha Adil.. mungkin itu bukan jodoh aku.. Tuhan beri aku petunjuk awal.. rupanya...

dia dalam proses mengenali orang lain... masa tu kecewalah jugak... tp apakan daya... bila hadir orang ketiga yang lebih hebat dari aku... so.... aku berundur.. dan kini... dia dah pun bahgia dengan insan tersebut.. walaupun dari jauh dan dekat aku nampak mereka.... (kecewa masih ada) tpi aku tetap tumpang bahagia..... hehehehe


dan kini... seorang lagi lelaki hadir dalam hati....

tapi hatiku belum sepenuhnya menerima lelaki ini.. kerana hati ini masih memberi harapan pada "lelaki di awl sem itu"......

dan kalau ini penghujungnya.. InsyaAllah.. amin......


Isnin, 25 Januari 2010

Makin nak habis Makin banyak pulak dugaan...

Hehehehe... kata orang kalau nak belajar tu bukan sesuatu yang senang.. masa aku sem satu dulu.. bagi aku duk kat UPM ni mcm biasa je.. tp bila dah dekat nak habis ni.. pegh.. makin kuat dugaan TUhan pada aku.. malah bukan tu sahaja, aku semakin sensetif plak.... pantang oarang perli.. cepat benar aku terasa hati... tp alhamdulillah.... aku masih boleh kawal terasa hati aku tu.....

kalau aku tension sangat.... aku cuma menangis sepuasa hati aku.... sampaikan satu masa tu, aku nangis roomate aku, nisa yang tolong pujuk.. masa tu aku rasa tertekan sangat.. entahlah... mungkin banyak keje yang aku buat tak jadi kot....

tak lama lagi MAKP18 atau pun Diner kolej aku... aku pulak sebagai FM ketua majlis tu... pegh... kali ini aku rasa tugasan yang paling berat yang pernah aku rasa... tapi takpe.... bgi aku itu semua lumrah dalam setiap kerja yang aku pilih... klu semua kerja yang kita buat semuanya senang................ baik takyah buat apa2.... lagi senang...

hehehehe...apa yang aku buat kalau kena marah aku just senyum je.... nanti kalau aku buat muka... tak elok plak kan..... nak buat cmne.....

masuk soal baju Dinner.. dah settle... thanks to my kakak ipar, k.sue... aku pakai baju masa dia tunang dgn abang aku dulu.. kalau semua orang nak tengok tunggu masa MAKp ek.... hehehehehe......................

Selasa, 29 Disember 2009

Rentetan hidup seorang Mahasiswa Tahun AKhir bersama tanggungjawabnya..

Bukan sesuatu yang mudah bagi aku ketika aku mula menjejaki kolej ini semula.. bukan kerana malas untuk belajar mahupun memenuhi tanggungjawab yang diberikan.. namun hampir sebulan aku yang menguruskan sakit pening mak.. kini aku terpaksa tinggalkan jugak...

Ketika aku tinggal kan mak pada 22hb.12. 2009 mak menangis teresk-esak macam tidak mahu aku tinggalkan dia... tapi aku kuatkan hati.. aku tau abang dan kakakku pasti akan jaga mak seperti mana aku jaga mak.. insyaAllah..

setiba di Kolej.... Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar....MAKP18 akan berlangsung pada pada 7 feb. 2010.. jadinya.. 30% dari kerja2 protokol telah aku buat ketika cuti hari tu.. namun masih banyak kerja yang tertunggak lagi.. apa kan daya.. bagi aku tanggungjawab sebagai ketua unit.. sememangnya berat.. namun pengorbanan telah menuntut rasa tanggungjawab itu....

Malam ahad tu.. ada meeting...hati ku tersentap... akhirnya aku kena marah jugak.. nak buatcmne kan.. kata pun tanggungjawab yang menuntut pengorbanan... nak tak nak kena terima teguran.. aku terima sebagai silap ku sendiri..hehehehe apa2 pun segalamnya telah selesai...

malam tadi satu lagi pembentangan MAKP18 untuk felo.. sebelum felo datang tu masing2 dah gelabah.. tak terkecuali aku... ketika nak bentang.. hanya Tuhan yang tahu apa yang sedang aku rasakan.. namun pembentangan berjalan lancar.. walaubagaimanapun aku sempat lagi main BINGO dengan aton.. aku menang sekali je... hahahahaha

kini... aku hanya menunggu masa untuk bertindak... tarikh 11/1/2010 bukan sahaja tarikh hari lahir tuk penyanyi terkenal malaysia.. Datuk Siti Nurhaliza.. tetapi tarikh bagi aku memulakan tugas sebagai ketua unit protokol.. hehehehe.. walaupun majlis tu sepatutnya adalah majlis tuk meraikan tahun akhir seperti aku.. tp impianku musnah sebelum itu, lagi... hehehehe

kepada rakan-rakan yang baca blog aku ni.. doakan kejayaan aku dalam pelaksanaan MAKP18 bersama aton dan shidat serta rakan MTM ku yang lain.. insyaAllah.. amin...

insyaAlah... tak lama lagi episode rentetan hidup ku di kampus selama 3 tahun akan di siarkan dalam blog ni... k.. salam

Rabu, 23 Disember 2009

Kehidupan kampus kini kembali.....

Kini aku sudah berada kembali ke kolej....
Cutiku hanya sebulan.. banyak lagi kerja yang tertangguh..
Projek Ilmiah..... Program MAKP.. macam2..
nak buat cmne dah kata pun tangunggjawab..

tapi aku tak kesah yang penting aku dah dapat apa yang aku nak untuk sem 5... keputusan yang aku dambakan selama hari ini sudah ada di genggaman.... hehehehehe.. alhamdulillah.............

Ahad, 15 November 2009

Keredhaan ku.....

Salam....tajuk ini ku berikan kerana dugaan dan cabaran hidup ini tidak pernah lekang daripada kehidupan hamba Allah... hari ini aku diuji lagi....namun dugaan kali ini begitu besar yang jiwaku rapuh kerana perkara ini....

aku benar-benar terkejut apabila aku ditanye tentang keredhaan melepaskan orang yang paling ku sayangi.....bukan lah sesuatu yang mudah untuk aku memberikan jawapanya... hanya tangisan yang menjawab segalanya...

petang tadi aku menerima panggilan telefon daripada abangku..... perkara yang bakal ku ketahui sudah lama aku jangkakan, namun kini baru menjadi kenyataan.....

keadaan ibuku yang sedang tenat, membuatkan aku sgt tertekan.... abang2 dan kakak2 ku seperti sudah mendapat petanda...adakah itu benar.... ????? namun kini, aku sedang menyusun semangat dan keredhaan dalam hati ini.......

setelah bangun tidur petang tadi, aku seperti ada semangat baru..adakah redha itu sudah datg dalam hidupku.....

aku kini sedang miniti hidup ini untuk hidupku dimasa hadapan..... InsyaAllah.....

jika pemergian ibuku tetap akan terjadi,
aku redha, aku pasrah......
apapun yang terjadi...
Ila tetap sayang pada mak..
mak tiada pengganti dalam hidup ini...
semoga mak panjang umur dan kesakitan yang mak alami akan kurang.....

Ya Allah,
kuatkanlah semangat ibuku untuk terus hidup.........