Selasa, 29 Disember 2009

Rentetan hidup seorang Mahasiswa Tahun AKhir bersama tanggungjawabnya..

Bukan sesuatu yang mudah bagi aku ketika aku mula menjejaki kolej ini semula.. bukan kerana malas untuk belajar mahupun memenuhi tanggungjawab yang diberikan.. namun hampir sebulan aku yang menguruskan sakit pening mak.. kini aku terpaksa tinggalkan jugak...

Ketika aku tinggal kan mak pada 22hb.12. 2009 mak menangis teresk-esak macam tidak mahu aku tinggalkan dia... tapi aku kuatkan hati.. aku tau abang dan kakakku pasti akan jaga mak seperti mana aku jaga mak.. insyaAllah..

setiba di Kolej.... Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar....MAKP18 akan berlangsung pada pada 7 feb. 2010.. jadinya.. 30% dari kerja2 protokol telah aku buat ketika cuti hari tu.. namun masih banyak kerja yang tertunggak lagi.. apa kan daya.. bagi aku tanggungjawab sebagai ketua unit.. sememangnya berat.. namun pengorbanan telah menuntut rasa tanggungjawab itu....

Malam ahad tu.. ada meeting...hati ku tersentap... akhirnya aku kena marah jugak.. nak buatcmne kan.. kata pun tanggungjawab yang menuntut pengorbanan... nak tak nak kena terima teguran.. aku terima sebagai silap ku sendiri..hehehehe apa2 pun segalamnya telah selesai...

malam tadi satu lagi pembentangan MAKP18 untuk felo.. sebelum felo datang tu masing2 dah gelabah.. tak terkecuali aku... ketika nak bentang.. hanya Tuhan yang tahu apa yang sedang aku rasakan.. namun pembentangan berjalan lancar.. walaubagaimanapun aku sempat lagi main BINGO dengan aton.. aku menang sekali je... hahahahaha

kini... aku hanya menunggu masa untuk bertindak... tarikh 11/1/2010 bukan sahaja tarikh hari lahir tuk penyanyi terkenal malaysia.. Datuk Siti Nurhaliza.. tetapi tarikh bagi aku memulakan tugas sebagai ketua unit protokol.. hehehehe.. walaupun majlis tu sepatutnya adalah majlis tuk meraikan tahun akhir seperti aku.. tp impianku musnah sebelum itu, lagi... hehehehe

kepada rakan-rakan yang baca blog aku ni.. doakan kejayaan aku dalam pelaksanaan MAKP18 bersama aton dan shidat serta rakan MTM ku yang lain.. insyaAllah.. amin...

insyaAlah... tak lama lagi episode rentetan hidup ku di kampus selama 3 tahun akan di siarkan dalam blog ni... k.. salam

Rabu, 23 Disember 2009

Kehidupan kampus kini kembali.....

Kini aku sudah berada kembali ke kolej....
Cutiku hanya sebulan.. banyak lagi kerja yang tertangguh..
Projek Ilmiah..... Program MAKP.. macam2..
nak buat cmne dah kata pun tangunggjawab..

tapi aku tak kesah yang penting aku dah dapat apa yang aku nak untuk sem 5... keputusan yang aku dambakan selama hari ini sudah ada di genggaman.... hehehehehe.. alhamdulillah.............