Ahad, 28 Mac 2010

idea demi satu impian....

Di sini
tempat kita cipta lara,
tempat kita bina bahagia
disini jua saksi pertemuan kita.

Kita bina sebuah impian,
Kita lalui segala onak dan duri,
Kita sorakkan semangat yang tiada runtuhnya
Kita semaikan kasih sayang antara kita,
Kita kukuhkan ikatan saudara
Hanya untuk malam yang istimewa.

Masihkah kita ingat??
Ketika itu,
Tatkala malam menjelma,
Kita bergabung keringat,
kita sebarkan maklumat
ada marah, ada dendam, ada tangisan, ada teguran
Yang atas memberi arahan,
Yang bawah terima habuan,
Yang kabur diberi kanta,
yang jelas terus tercipta
yang tenggelam dicari sama

tatkala matahari muncul,
terbina pula sirna cahaya,
tanggungjawab terus dipinta,
demi realiti satu impian.

Ini semua tujuan yang sama
Demi terciptanya MAKP yang terbaik buat kita.


huhuhu....ni sajak hasil nukilan saya.. best atau tak.. terpulang.. hehehhe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan